Isnin, 14 Januari 2019

RESEPI CUP CAKE COKLAT





3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C) 

1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend) 
1 cawan susu pekat
 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh) 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil baking powder 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air panas 
1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)


 Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist: Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang. Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati

 Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.Setelah sebati, masukkan minyak.

Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit

SELAMAT MENCUBA



sila tekan link ni untuk tempahan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan