Isnin, 14 Januari 2019

RESEPI CUP CAKE COKLAT





3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C) 

1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend) 
1 cawan susu pekat
 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh) 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil baking powder 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air panas 
1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)


 Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist: Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang. Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati

 Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.Setelah sebati, masukkan minyak.

Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit

SELAMAT MENCUBA



sila tekan link ni untuk tempahan




RESEPI KEK SPAN








Bahan-Bahan

170 gm tepung kek
50 gm minyak jagung
3 - 4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla - gunakan yang oil base
180 gm gula halus
70 gm air
15 gm ovellete

Cara Penyediaan

1. satukan baking powder bersama tepung kek kemudian diayak dan masukan semua bahan kedalam mesin putar kecualiminyak jagung.

2. putar campuran bahan tadi dengan perlahan terlebih dahulu agar tepung tidak beterbangan. bila semua bahan sudah nampak bersatu tukar speed lebih laju hingga bahan menjadi gebu.

3. bila bahan tadi sudah gebu tutup mixer dan tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula sampai rata.

4. siapkan loyang bersaiz 8 inci dan lepikan dengan kertas kek kemudian sapukan butter di sekelilingnya dan tuangkan bahan kek tadi.

5. panaskan oven dan bakar kek tadi pada suhu 170"C selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.

6. akhir sekali, bila kek sudah masak keluarkan dan biarkan sekejap hingga sejuk selama 5 minit. kemudian cepat-cepat keluarkan dari loyang.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kek span vanilla ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š

Selamat mencuba






RESEPI KEK TIRAMISU

RESEPI KEK CAPPUCINO




===========
Bahan A:
250g butter
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung
1 camt vanilla
1 camt baking powder
6 biji telur
Bahan B:
1/2 cawan serbuk koko
Bahan C (hiasan):
Krim putar
Emalco Cappucino
Coklat filling (ikut suka)
Cara-Cara:
---------------
Putar gula dengan majerin hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Putar hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit. Masukkan vanilla. Putar sebentar. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko. Tuangkan dalam loyang yang telah dialas. Bakar 170 C selama 20 – 25 minit.
Keluarkan dan sejukkan kek. Putar krim dan campurkan emalco cappucino. Paipkan krim putar atas lapisan pertama hingga rata kemudian lapiskan dengan lapisan kek kedua.
Kemudian hias kek ikut suka.